Salah satu keistimewaan Ramadan Al-Mubarak ini adalah disepanjang bulan ni telah dijanjikan satu malam yang amat istimewa berbanding malam2 yang lain...
Subhanallah...Istimewanya,,Ramadan...
Malam lailatul Qadar ni adalah lebih baik daripada seribu bulan...
Seribu bulan bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan...
Tapi berdasarkan pendapat yang lain,,
ada jugak sesetengah ulama' berpendapat ayat ke-3 dalam surah al-Qadr yang menceritakan bahawa malam tersebut lebih baik daripada seribu bulan bukanlah dikira dengan jelas seperti yang kebiasaannya kita dengar dan ketahui...
ada ulama' yang berpendapat,,malam tersebut lebih baik daripada berbulan,,bulan,,bulan,,bulan,,dan sebanyak2 bulan yang ada dan kita ketahui...
Hal ini kerana,,menurut ulama' tersebut masyarakat arab menggunakan istilah ribu bagi menunjukkan yang terbanyak atau bilangan yang paling banyak....
contohnya,,kalau kita mungkin kita gunakan istilah milion atau berbilion-bilion bagi menunjukkan sesuatu yang banyak,,tapi masyarakat arab istilah ribulah yang menunjukkan bilangan yang paling banyak....
Kesimpulannya,,ada pendapat ulama' yang mengatakan malam lailatul Qadar tu ganjarannya bukan sekadar lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan bahkan lebih baik daripada banyak,,banyak,,banyak,,,bulan......
Kesimpulannya,,marilah kita bersama mengejar Lailatul Qadar....
الأربعاء، 9 سبتمبر 2009
Memburu Lailatul Qadar...
مرسلة بواسطة Far8Aziz في 7:29 م 0 التعليقات
الاثنين، 7 سبتمبر 2009
Bagus,,tapi kurang baik....
Alhamdulillah...
Allah masih mengurniakan udara kepada hambanya yang sememangnya benar2 berhajat kepada udara untuk terus bernafas pada hari ini...
Alhamdulillah...
Kita telah masuk ke fasa yang kedua bulan Ramadan,,dan pada hari ni dh msuk ke 18 Ramadan kita berpuasa...
semalam lepas 4 rakaat pertama tarawikh kat surau Al-Ghazali IPGM Kampus Tuanku Bainun Alhamdulillah ada sorang hamba Allah telah sudi memberi tazkirah sebagai peringatan kepada semua muslimin dan muslimat yang hadir utk sama2 menghidup malam2 akhir Ramadan dengan bertarawikh,,
Ana sangat tertarik dengan tazkirah yang telah disampaikan...
selaku umat islam yang mengaku umat kepada Junjungan Mulia Rasulallah SAW yang dimuliakan dengan kerja2 dakwah yang dilakukan,,maka apabila kita mendengar atau ada sesiapa sahaja yang memberi tazkirah serta peringatan kepada kita,,maka kita harus sedar kerja2 sebeginilah yang mengangkat darjat kita serta memuliakan kita selaku umat baginda SAW.....
lagi 1...bila ada orang yang beri peringatan kepada kita maka segeralah kita sedar bahawa disebalik peringatan tersebut sebenarnya Allah nak mengingatkan kita untuk kembali mendekatkan diri kepada Allah...
Itu tandanya.....Allah masih sayangkan kita dan Allah tak nak kita terus alpa dan terus melupakan-Nya yang sentiasa tidak pernah lupa kepada hamba-Nya...
Sebab tu la,,Allah hantarkan seseorang untuk mengingatkan kita atau menegur kita bila kita dah lalai...
kita kena sedar yang tu,,dan jangan sesekali kita anggap orang yang bagi peringatan kat kita 2 buang masa,,atau kita sibuk je cakap kat belakang or mengata kat orang yang bagi tazkirah tu...
Ingat tau!!!
ulama' tu pewaris para nabi...
Ingat jugak tau!!!
Nasihat yang diberikan oleh mereka tu pn sebenarnya datang dari Allah dan Allah pilih lalu beri kekuatan kepada mereka untuk sampaikan nasihat serta teguran tersebut kepada kita... :)
Habisss.............
Sebenarnya yang tu baru Muqaddimah,,
sebab tu mcm xkena ja,,dengan title kat ats 2...
yang benda utama nak cakapnya,,
sebenarnya,,memberi tazkirah atau nasihat itu adalah perkara yang benar2 bagus lagi mulia...
cumanya,,,bila kita memberi tazkirah,,yang kurang baiknya bila kita nak nasihat orang kita menggunakan istilah 'kamu' @ 'antum' @ 'anta' sewaktu kita tengah berucap...
sebaik-baiknya gunakanlah istilah yang nampak manis dan mudah diterima pendengar lagi2 la..pendengar 2 rakan sebaya dan ada juga yang lebih tua daripada kita...
yang eloknya kita gunalah,, istilah 'kita' yang merujuk kepada semua pendengar dan juga kita dalam menyampaikan tazkirah walaupun tujuan sebenarnya kita nak nasihat pendengar2 kita...
bukan apa,,kalau kita guna istilah 'kamu' @ 'antum' @ 'anta' waktu kita tengah berucap seolah-olah macam kita la...,yang terbaik dalam majlis tu...takut timbul riak tu je...
tapi saya yakin orang yang niatnya baik untuk menyeru orang melakukan kebaikan insya-Allah akan dilindungi Allah daripada timbulnya perasaan riak dalam hati tu...Insya-Allah...
Hmm....tu je ko0t utk post kali nie...
Nasihat ni utk kita amalkan bersama khususnya peringatan utk penulis post nie...
takut jugak kalu nanti tergolong dalam golongan yang banyak cakap tapi kurang beramal...
Jangan fikir bukan2...Maaf erk,,nasihat ni jugak bukan ditujukan khas untuk sapa2 cuma untuk sahabat2 yang tercinta agar kita dapat menjaga adab2 kita bertutur agar perkara baik yang ingin kita sampaikan tu dapat diterima pendengar tanpa terhijab dengan asbab perkataan2 yang keluar dari mulut kita waktu kita sampaikan nasihat tersebut...
Ingat yer,,,bila nak cakap depan orang ramai gunalah istilah yang sesuai kalau nak nasihat orang gunalah istilah 'kita'...jangan kita tumpukan khas untuk pendengar kita dengan kita guna istilah 'kamu' @ 'antum' @ 'anta'...agak kurang sopan...
Bukan apa..kadang2 benda yang kita nak sampaikan tu 'bagus...' cuma perkataan dan istilah yang kita gunakan 'kurang baik'...
Wallahu Ta'ala A'lam...
مرسلة بواسطة Far8Aziz في 8:08 م 0 التعليقات
الثلاثاء، 18 أغسطس 2009
Marhaban Ya Ramadan...
Sempena Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi,,banyak aktiviti yang telah dirancang dan disusun oleh pihak Badan Kebajikan Surau (BKS) dengan kerjasama semua warga IPGM kampus Tuanku Bainun khususnya bagi menyemarakkan lagi sambutan Ihya' Ramadan Peringkat IPGM KTB...
Untuk itu suma warga IPGM KTB yang beragama islam anda semnua dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan Ihya' Ramadan...
Demi menyemarakkan Ihya' Ramadan pada kali ini,,anggaplah semua aktiviti yg telah disusun oleh pihak BKS adalah untuk semua warga IPGM yang beragama islam...bukan untuk kepentingan pihak2 tertentu...
Sematkanlah di sanubari kita bahawa sebagai umat islam yang mengaku beriman dengan Allah dan rukun2 iman yang lain,,yang melafazkan kalimah syahadah maka menjadi tanggungjawab kita bersama untuk meningkatkan lagi syiar Islam khususnya di IPGM KTB...
Untuk itu sama2lah kita hadir ke Surau Al-Ghazali pada 20 Ogos 2009 untuk Majlis Perasmian Ihya' Ramadan dan pada malam2 yg lain untuk mengimarahkan ibadat solat tarawikh bagi menghidupkan malam2 pada Syahrul Ramadan ini...
InsyaAllah...segala kesudian kita untuk hadir menyemarakkan Ihya' Ramadan ini akan dihisab oleh Allah sebagai 1 ibadah...
AMEEN.....
Wallahu Ta'ala A'lam....
مرسلة بواسطة Far8Aziz في 4:47 م 0 التعليقات
الاثنين، 10 أغسطس 2009
Bicara Seorang Hamba ALLAH Yang Fakir...
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....
Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam...
ALLah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Tuhan yang memiliki hari pembalasan....
Hanya Engkau (Ya ALLAH) yang selayaknya kami sembah dan hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan....
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus...
Jalan orang2 yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai, bukan pula jalan mereka yang sesat...
(Ummu Al-Furqan:1-7)
Lihatlah betapa kuasanya ALLAH dalam mencipta, mentadbir dan mengurus seluruh alam ini... sebagai seorang yang beragama Islam yang melafazkan kalimah Syahadatain, yang mentauhidkan ALLAH, maka kita diwajibkan untuk membaca tidak kurang 17 kali dalam mengabdikan hidup kita ini secara khusus kepada ALLAH dalam solat. Iaitu satu surah yang amat tinggi martabatnya sehingga diangkat menjadi 'Ibu Al-Quran' yang sebagaimana kita sedia maklum dengan kuasa kurniaan ALLAH pada seorang ibu. Maka letaknya segala-gala puji-pujian dan pengharapan seorang anak kepada ibunya...
Begitulah juga dengan Surah Al-Fatihah yang berdasarkan maksudnya dapat kita fahami bahawa dalamnya terkandung segala puji-pujian kepada ALLAH yang hanya ALLAH lah yang selayaknya dipuji dan disembah...dalam pada yang sama hanya pada ALLAH sahajalah tempat kita meminta pertolongan dan bergantung pengharapan kerana dengan kekuasaan dan rahmat Maha Kasih Sayang ALLAH lah...maka kita masih diberi kekuatan walaupun sesaat untuk menghirup senafas udara di atas muka bumi ini....
Sama-samalah kita insafi akan kejadian kita yang mana wujudnya kita,,bukti segala kewujudan ALLAH SWT....WA ALLAHU TA'ALA A'LAM....
*sebarang kesalahan atau kesilapan dalam setiap entry ini mohon kerjasama untuk ditegur dan diperbetulkan. mudah-mudahan dengan kerjasama kalian akan dapat dimanfaatkan oleh kita bersama....
مرسلة بواسطة Far8Aziz في 8:52 م 0 التعليقات