BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

الأربعاء، 9 سبتمبر 2009

Memburu Lailatul Qadar...

Salah satu keistimewaan Ramadan Al-Mubarak ini adalah disepanjang bulan ni telah dijanjikan satu malam yang amat istimewa berbanding malam2 yang lain...
Subhanallah...Istimewanya,,Ramadan...
Malam lailatul Qadar ni adalah lebih baik daripada seribu bulan...
Seribu bulan bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan...

Tapi berdasarkan pendapat yang lain,,
ada jugak sesetengah ulama' berpendapat ayat ke-3 dalam surah al-Qadr yang menceritakan bahawa malam tersebut lebih baik daripada seribu bulan bukanlah dikira dengan jelas seperti yang kebiasaannya kita dengar dan ketahui...
ada ulama' yang berpendapat,,malam tersebut lebih baik daripada berbulan,,bulan,,bulan,,bulan,,dan sebanyak2 bulan yang ada dan kita ketahui...
Hal ini kerana,,menurut ulama' tersebut masyarakat arab menggunakan istilah ribu bagi menunjukkan yang terbanyak atau bilangan yang paling banyak....
contohnya,,kalau kita mungkin kita gunakan istilah milion atau berbilion-bilion bagi menunjukkan sesuatu yang banyak,,tapi masyarakat arab istilah ribulah yang menunjukkan bilangan yang paling banyak....

Kesimpulannya,,ada pendapat ulama' yang mengatakan malam lailatul Qadar tu ganjarannya bukan sekadar lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan bahkan lebih baik daripada banyak,,banyak,,banyak,,,bulan......

Kesimpulannya,,marilah kita bersama mengejar Lailatul Qadar....

0 التعليقات: